Monday 4 February 2013

Bagaimana Untuk 'Root' Peranti Android & Kenapa Anda Perlu Tahu

imej

 Assalamualaikum & salam sejahtera. Pagi ni hafiz nak kongsikan serba sedikit tentang Bagaimana Untuk 'Root Android Device' & Kenapa Anda Perlu Melakukanya.. 

Anda mungkin pernah mendengar orang "Root" telefon Android mereka. Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimana untuk berbuat demikian sendiri Tetapi jika anda pandai root handphone anda dalam beberapa minit, anda orang yang hebat!

Selepas anda root peranti anda, anda mempunyai akses penuh kepada keseluruhan sistem dan boleh menjalankan jenis khas aplikasi yang memerlukan keizinan root. Aplikasi ini boleh melumpuhkan bloatware, kawalan aplikasi kebenaran, membolehkan tethering, dan melakukan banyak perkara-perkara lain yang hebat termasuklah meng'hacking' facebook.. :).

Apa itu "Root," Penjelasan?

Pada kali ini hafiz akan terangkan cara terbaik untuk anda Root phone Android anda tanpa melalui proses command line ataupun muat turun cracked ROM dan terpaksa start phone dengan mode downloading serta berisiko tinggi untuk gagal.

Sebelum itu bagi sesiapa yang belum tahu apa itu Root, saya akan terangkan secara ringkas. Root merupakan proses ‘patch’  kernel untuk mendapatkan akses terhadap Root folder dan membenarkan apps pihak ketiga untuk akses ke internal sistem. Dengan kata lain, dengan Root phone Android anda anda seolah-olah telah membebaskan sekatan yang wujud selama ini.  Pada iPhone atau iPod istilah Root dipanggil sebagai JailBreak.

 Terdapat banyak kelebihan apabila bergelar ‘Root User’ , di Android Market pun terdapat banyak apps yang perlukan Root untuk berfungsi. Selain itu, anda boleh dapatkan installer dari market dengan root kan phone anda.

Kaedah Root ini saya telah cuba pada Samsung Galaxy S2 dengan ROM Gingerbread 2.3.6 I9100GLZKJ2 baseband dan sepatutnya versi 2.3.6 dan kebawah masih boleh menggunakan kaedah ini.

Baiklah sekiranya anda telah bersedia untuk Rooting phone anda ikut sahaja langkah dibawah:
1. Pastikan PC anda telah terpasang USB driver untuk phone tersebut. (Bagi pengguna Samsung download Kies melalui link ini)
2. Aktifkan USB debugging melalui  Settings > Applications > Development > USB Debugging . Sekiranya anda menggunakan Kies, pastikan anda matikan terlebih dahulu kemudian sambungkan phone anda ke PC melalui USB.
3. Muat turun SuperOneClick (boleh download yg latest version)  extract kandungan file yang telah anda muat turun tadi dan jalankan file SuperOneClick.exe .
4. Klik Root buttton.
root1
5. Tunggu sehingga proses Rooting berjaya lebih kurang 5-10 minit. Dan selesai.. ;-)
 .


Buka aplikasi Superuser untuk mengawal kebenaran yang disimpan dan mengkonfigurasi Superuser.

Bagi ‘Root user’, nantikan tutorial saya akan datangkan berkenaan cara untuk hack game dengan apps dengan mudahnya dan apps percuma untuk root user…
amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ

No comments:

Post a Comment