Bagaimanapun, syarikat
pengeluar telefon pintar dari Kanada itu enggan melayan sebarang
pertanyaan berhubung Z10 yang menyerupai iPhone.
Pengarah Urusan
Blackberry Eropah, Stephen Bates dalam satu temu bual bersama Radio 5
telah ditanya soalan sebanyak lima kali sama ada syarikat itu telah
belajar sesuatu daripada Apple, namun dia tidak memberi jawapan
sepatutnya.
“Blackberry merupakan
salah satu pelabur dalam pasaran telefon pintar,” jawapan sama yang
diberikan Bates setiap kali penemu ramah bertanyakan soalan sehingga dia
berputus asa.
Malah, penemu ramah itu
turut menyindir Bates dengan menyifatkan jawapan ‘bos’ Blackberry
tersebut hanya seolah-olah beliau sedang membaca kenyataan akhbar.
Dalam pada itu, ramai
pakar mendakwa gajet terbaharu Blackberry itu ‘meminjam’ sistem operasi
daripada beberapa syarikat telefon pintar termasuk Apple.
”Ia seolah-olah satu penggabungan daripada pelbagai sistem,” kata Stuart Miles pengasas laman web Pocket-Lint.
”Kekunci skrin
Blackberry mirip telefon milik Windows, paparan aplikasi pula menyerupai
iPhone manakala halaman aplikasi pula hampir menyerupai Android.
”Saya tidak fikir pengguna akan keliru dengan telefon Blackberry yang lebih kelihatan berbentuk segi empat tepat,” kata Miles.
Sementara itu, pakar
undang-undang berkata, Apple mungkin berdepan kesukaran untuk mengambil
tindakan undang-undang ke atas Blackberry ekoran pertikaian berpanjangan
antara syarikat dengan Samsung.
Utusan Melayu
No comments:
Post a Comment