Sunday 3 February 2013

Apa Itu BlogWalking?

Tentu anda masih belum tahu apa itu Blog Walking, jika di'translate'ke bahasa melayu ialah 'blog berjalan'.? Adakah anda boleh tankap maksud tersebut? bagaimana jika aku sebut BlogWalking diibaratkan seperti berjalan diatas padang pasir Sahara atau di persisran pantai. Adakah anda masih belum faham? cammon la, ok, aku bagi lagi satu contoh, BlogWalking diibaratkan seperti berjalan diatas padang pasir atau persisiran pantai, anda akan meninggalkan JEJAK yang ditumpukan dalam blog ini. Aku rasa anda tetu faham sikit kan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhim2df9u8ELrjigTcQejTgR7fxoxplY80xCg7-v5u4oJphLSD4uqwp_g9TEmbnrB-bDlOTXV69TTLtyMZ_DL22JVQmTGPQTdVE6KWRVguAcrPbmOLI_tq0YjBLV4YSYgJBNW7H0yyeSKB/s1600/blogwalking.jpgIstilah kat atas itu ikut pemahaman aku sahaja dan aku terangkan dan bandingkan aplikasinya dengan perbuatan supaya anda mudah faham akan konsepnya. Di dalam Blogwalking, anda akan berjalan ke alam maya ini iaitu dari satu blog atau web ke blog yang lain dan setiap persinggahan itu anda meninggalkan JEJAK iaitu URL Blog anda! Bagaimana hendak meninggalkan jejak ialah dengan memberi komen pada artikel atau di shoutbox blog-blog yang anda singgah itu.

Apa kepentingan dan faedah yang boleh dapat dengan blogwalking nih? Ada banyak.. berdasarkan pengetahuan aku mengenai blogging yang tidak seberapa ini, dengan blogwalking dapat me’wujud’kan anda di alam maya ini. hehe.. ayat tersirat pula aku kasi.. meh aku buat point mudah..

Kepentingan Blogwalking:
1.) Dapat mengeratkan hubungan sesama blogger. Kalau anda nak lihat sama ada blogger tu sombong atau tak cuba komen dalam blog dia dan letakkan link anda (tapi jangan sampai SPAM pula ya.. ) kalau dia reply komen anda kira dia sporting tahap 1, dan jika dia reply komen anda dan masuk ke blog anda pula memberi komen maka dia sporting tahap 2 yang tiada unsur-unsur sombong. Sporting tahap 1 masih ada lagi unsur-unsur tu walaupun sikit. (Hehe, memandai ja aku buat telahan aku sendiri)

http://www.optimum7.com/internet-marketing/wp-content/uploads/2009/01/search-engine-ranking-position.jpg2.) Dapat meningkatkan rank blog anda sama ada Page Rank Google atau Alexa Ranking. Ibarat konsep meninggalkan JEJAK tadi, spyder Google dan Alexa akan crawl ke dalam blog anda melalui jejak yang anda tinggalkan, dan dari situlah bermulanya proses ranking!

3.) Boleh meningkatkan traffic ke blog anda. Caranya adalah dengan menjadi pengkomen yang terawal di dalam setiap post di blog orang lain. Tapi kena lihat juga, pilih blog-blog yang bertraffic tinggi.

4.) Blogwalking ibarat sapaan dan teguran anda kepada jiran anda. Ataupun sesuatu kumpulan yang membincangkan isu yang anda minati. Di situ timbul satu perkataan ‘hidup saling memberi’. Pertukaran idea dan buah fikiran mula terbina.

5.) Sambil blogwalking anda dapat menambah ilmu dan maklumat. Selain itu sekiranya anda hilang idea untuk menulis blog, BlogWalking dapat membantu anda mencetuskan idea baru bagi penulisan artikel blog.
..dah la tu 5 point aku beri, hehe.. semua point tu aku reka sendiri berdasarkan pemerhatian aku. Mungkin anda mempunyai tips yang lebih bernas mengenai BlogWalking. Seperti biasa aku amat-amat mengalu-alukan perkongsian anda.

Setakat itu dulu artikel aku sebelum aku pergi sembahyang Maghrib. Aku harap artikel ini dapat membantu anda dalam memahami maksud dan istilah sebenar apa itu blogwalking. Jangan lupa komen ye.:)

Ditulis oleh Afiffuddin
amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ

No comments:

Post a Comment