Wednesday, 20 February 2013

Osama adalah ejen CIA yang paling berjaya dalam sejarah CIA!

Laman web surat khabar terkemuka iaitu Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror telah mengeluarkan secara rasmi gambar mayat Osama bin Laden yang dipercayai terbunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat di Pakistan. Namun, gambar itu kemudian cepat-cepat dikeluarkan setelah desas-desus kesahihan gambar tersebut dipertikai oleh masyarakat dunia di Twitter, forum, Facebook dan media-media interaksi yang lain.
Apa yang pelik sebenarnya adalah gambar mayat Osama bagaimanapun langsung tidak dipertikaikan oleh editor-editor akhbar terkemuka tersebut sedangkan sekali lihat sahaja sudah boleh mengetahui ia adalah hasil suntingan dengan menggunakan software Adobe Photoshop.
Di blog-blog pula telah wujud pelbagai andaian bahawa Osama tidak terbunuh dan serangan di rumah mewah di Abbottabad adalah untuk membunuh pengedar dadah yang paling dikehendaki di daerah yang terletak 60km daripada Islamabad. Serangan Amerika Syarikat tersebut bagaimanapun diandaikan oleh Barack Obama sebagai misi untuk membunuh Osama bin Laden.

Bagaimana editor di akhbar terkemuka boleh terlepas pandang dengan perkara remeh seperti ini?


Osama dan banglo besar
Kemusykilan berkaitan kematian Osama bin Laden berterusan. Antara yang boleh dipertikaikan adalah tempat persembunyiaan seorang yang dikatakan berjihad menentang musuh Allah. Sesuaikah mujahidin seperti Osama bersembunyi di sebuah rumah banglo?
Masih lagi berkenaan rumah banglo. Osama bin Laden dikatakan seorang yang pakar dalam persembunyian. Akan tetapi, Osama dilaporkan secara rasmi oleh Amerika Syarikat telah bersembunyi di rumah yang paling besar di daerah Abbottabad.
Logikkah individu yang paling diburu seperti Osama bin Laden bersembunyi di rumah mewah tersebut?  jika difikirkan dengan logik, rumah tersebut amat mudah dicam oleh perisik-perisik CIA di Pakistan mahupun penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, amat mustahil untuk seorang yang mahir seperti Osama hidup bersembunyi di rumah paling besar di daerah tersebut.
Bergitu bodoh individu seperti Osama untuk bersembunyi di rumah sebesar ini. Tidakkah ia menyebabkan lebih mudah dikesan musuhnya?


Osama dan pengebumian di laut
Osama telah dilaporkan telah disemadikan di laut untuk mengelakkan pemujaan terhadap kubur beliau oleh pengikut-pengikut fanatiknya. Namun, ramai yang sangsi dengan fakta tersebut. Salah satunya adalah tiada kesaksian tentang mayat Osama telah disemadikan di laut. Bergitu juga dengan gambar dan foto-foto semasa upacara itu dilaksanakan. Boleh dikatakan, tiada bukti miskipun sedikit untuk menyokong fakta bahawa Osama telah pun disemadikan di lautan.
Bertambah menarik, ia sebenarnya bercanggah dengan kenyataan awal jurucakap bagi kerajaan Amerika Syarikat yang mana akan berjanji untuk menyerahkan kepada keluarga terdekat Osama untuk proses pengebumian mengikut ajaran Islam.!
Apa signifikannya Osama dikebumikan di lautan?kenapa lelaki 'pengganas' seperti pengebom bali atau Nordin Mat Top boleh dikebumikan di tanah tumpah darah mereka. Dan ia tidak pula dipuja dan didewa-dewakan.(sekadar gambar hiasan)

Osama dan al-Qaeda tidak pernah wujud
Osama dan al-Qaeda sebenarnya adalah nama ciptaan Amerika Syarikat. Bukti untuk menyatakan perkara ini adalah melalui mulut ulama daripada Indonesia, Abu Bakar Bashir yang telah ditangkap kerana terbabit dengan pertubuhan pengganas yang mengaitkan dengan persatuan beliau sendiri, Jemaah Islamiah. Menurut Abu Bakar Bashir, beliau tidak pernah berkerjasama dengan pertubuhan yang bernama al-Qaeda dan Jemaah Islamiah sendiri bukannya sebuah pertubuhan pengganas seperti yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.
Penyataan Abu Bakar Bashir turut dipersetujui secara tidak langsung oleh golongan-golongan Taliban dan Mujahiddin. Mereka menyatakan tidak pernah menemui seorang lelaki berjambang yang bernama Osama bin Laden sebelum serangan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan pada tahun 2001.
Beberapa individu lain menyatakan bahawa lelaki bernama Osama telah menyalurkan dana berbentuk wang dan senjata untuk memerangi pencerobohan Soviet Union. Osama dikatakan sebagai orang tengah antara CIA dan pejuang-pejuang Mujahiddin di Afghanistan semasa pencerohon Soviet Union dariapda tahun 1979 sehingga 1989.
Abu Bakar Bashir mendakwa beliau teraniaya dengan sikap pro-barat kerajaan Indonesia.


Osama adalah Tim Osman
Menurut mereka lagi, Osama adalah nama samaran kepada Tim Osman yang berkerjasama dengan Zbigniew Kazimierz Brzezinski. Brzezinski adalah penyalur dana terus daripada CIA untuk kegunaan pejuang Mujahidin semasa mereka memerangi penceroboh Soviet. Brzezinski telah berkhidmat selama lima tahun dengan Presiden Jimmy Carter iaitu daripada tahun 1977 sehingga 1981. Tim Osman pula adalah orang tengah Brzezinski untuk berhubung dengan pejuang Mujahiddin. Antara sebab Tim Osman menjadi orang tengah adalah kerana Tim Osman mahir dengan selok-belok pejuang Mujahiddin dan kefasihan berbahasa Arab dan Pushtun.
Dokumen yang mengesahkan terdapat hubungan antara Osama aka Tim Osman dan CIA.

Sebenarnya, kemuncak karier Osama sebagai agen CIA adalah sewaktu penampilan ‘tiba-tiba’ Osama yang menyatakan kesedihan beliau dengan serangan WTC pada 11 September. Penampilan itu mengejutkan kerana seperti dirancang, Osama muncul dan memberi komen bagi pihak orang Islam. Manakala, Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, George W. Bush terus menuduh tanpa memberi sebarang bukti kukuh bahawa Osama bin Laden adalah dalang di sebalik serangan nekad ke atas bangunan WTC di New York. Walhal, Osama sebenarnya tidak menyatakan beliau bertanggungjawab atas serangan itu. Inilah kemusykilan yang menyelingkari keperibadian lelaki misteri bernama Osama bin Laden dan hubungannya dengan CIA serta Amerika Syarikat.
Osama aka Tim Osman dan Brzezinski.


Tujuan sulit Barack Obama
Apa yang penulis lihat pada situasi kali ini adalah Barack Obama mahu kejayaan pembunuhan Osama ini untuk meningkatkan sokongan rakyat kepadanya yang mana pada masa ini beliau diserang habis-habisan oleh Donald Trump. Donald Trump yang juga merupakan taikun hartanah telah menyelar kesahihan dokumen kelahiran Barack Obama yang mana didakwanya bukan seorang warga Amerika Syarikat yang tulen. Donald Trump turut menuduh Barack Obama merupakan pelajar paling lemah dan sangsi dengan dokumen kelulusan universiti milik Obama.
Dalam situasi kali ini juga, ramai pakar konspirasi mendakwa ia adalah bertujuan untuk menghapuskan watak Osama bin Laden yang selama ini ‘dipelihara’ oleh Amerika Syarikat dan CIA. Dengan terhapusnya watak Osama ini, kemungkinan besar dunia bakal menerima seorang lagi watak ‘antagonis’ yang dahulunya dipegang berpuluh tahun oleh Osama Bin Laden atau Tim Osman.
Kepada pakar konspirasi Islam, tujuan watak Osama diada-adakan adalah satu iaitu meningkatkan semangat Islamifobia dan anti-Islam di seluruh dunia. Secara keseluruhannya, kejayaan watak Osama sebagai ketua teroris menyebabkan umat Islam di seluruh dunia menderita dengan sentimen negatif oleh masyarakat dunia terhadap umat Islam. Pemimpin Islam di seluruh dunia dan juga dunia Islam yang kabur mengenai siapakah Osama telah mengangkat beliau sebagai hero, sedangkan perkara yang sebenar-benarnya adalah Osama adalah agen CIA paling hebat pernah dilahirkan Amerika Syarikat!.

~ Kepada yang ragu-ragu mengenai artikel yang ditulis penulis ini, penulis meminta pembaca membuat analisis secara personal di internet. Cadangan penulis kepada pembaca adalah pembaca boleh menggunakan kata kunci seperti ‘Osama Tim Osman’, Osama CIA Agent’ atau ‘Osama Fidel Castro’.

amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ

Friday, 8 February 2013

Tips Menulis Blog | Apa yang Sebaiknya Perlu Ditulis didalam blog?

Apa yang Sebaiknya Perlu Ditulis didalam blog?

  1.  Yang pertama tentunya hal yang kamu sukai. Tulis tentang hobimu dan segala macam yang berhubungan dengannya.
  2. Hal yang unik. Kalau kamu punya pengalaman yang menarik, atau punya tips-tips pribadi, jangan ragu menuliskannya!
  3. Idea-idea dan pendapatmu. Jika ada isu hangat di masyarakat atau di bidang tertentu, jangan ragu-ragu menulis pendapat pribadimu tentang itu. Isu yang benar-benar panas, kalau digabung dengan pendapat kritis boleh membuat blog anda terkenal mendadak. Menulis tentang isu yang kurang panas pun OK, yang penting kamu menikmatinya.
h2. Apa yang Tidak Sepatutnya Ditulis
  1. Hal-hal yang sangat peribadi. Semua orang boleh membaca blog anda. Hal seperti berkaitan dengan rumah tangga seperti isteri anda suka tidur berdengkur.. tak payahlah anda menulisnya.. banyak lagi perkara yang bagus untuk ditulis.
  2. Hal-hal yang membosankan. Kehidupan peribadimu mungkin menarik, mungkin juga tidak. Kalau anda cuma menulis “Hari ini semuanya berjalan dengan lancar…”, ya lebih baik anda jangan menulis apa-apa!

Waktu Bila Sebaiknya Menulis?

  1. Saat lapang, semestinyaya! Jangan sampai blogging menyita waktu kamu sehari-hari! Boleh-boleh saja menyisihkan waktu bermain atau istirahat untuk mengisi blog, tapi jangan menggunakan waktu belajar atau bekerja untuk itu.
  2. Jika kamu sudah lama tidak meng-update blog kamu. Kemalasan meng-update blog (mengisi dengan tulisan baru) menjadi resepi utama kematian blog. Sebaiknya kamu punya target sendiri dalam blogging, misalnya dalam seminggu harus membuat paling sedikit satu tulisan baru. Lalu kamu harus commit dengan target itu. (sesuaikan target dengan banyaknya waktu senggang!)

amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ

Wednesday, 6 February 2013

Gunakan Nabi Untuk Menipu Di Facebook!!!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ketika hafiz sedang ber'fesbuk'.. muncul notification ini...
 
Hafiz bukanya nak marah sesiapa tetapi tolonglah... kalau nak menipu bukan tempat ni.. 
Takde modal lain ke nak menipu orang... FB Viral Page Memang Berguna Untuk Kita tetapi jangalah gunakan nama 'nabi' untuk kepentingan diri... Saya ada Page FB Dan Menggunakan FB Viral.. tetapi saya x menipu oraang untuk meraih simpati orang supaya like page kite...

Ade ke 'apps Fast & Furios 6 Hina Nabi ' perlu di'like??? kekadang hafiz pun tak faham.. ape dah jadi kat fesbuk nih... kalau kite share orang yang eksiden.. ade plak orang like... sekurang2ya berdoa ke ape ke... ni tak...

lepas like.. kuar mcm nie --->
 

Cukup-cukuplah nak menipu orang.. ada banyak cara yang lain untuk orang like page kite.... tak payah la pakai nama nabi  untuk keuntungan sendiri!!


Kalu betul video ni betul.. mana kesahihanya... di website lain xde pun tulis... kalau betulpun... ape yang kite lakukan????? Kamu sayang Nabi tetapi kamu Tak ikut sunah Nabi... Kamu Marah Kalau nabi dihina, dicacai, kartun menghina nabi... tapi apa yang kamu lakukan seharian untuk menunjukkkan kasih sayang kepade nabi?????

So! fikir2kanlah...

amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ

Tuesday, 5 February 2013

Trik Internet Free Menggunakan Opera Mini [Trik Hafiz]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari Ini Hafiz Ingin berkongsi trik Internet free menggunakan Opera mini... ketika hafiz di madrasah dulu.. hafiz terlintas dihati untuk menggunakan internet free untuk handphone... Mase tu Hafiz Samsung Champ gt ck-3303k.. ntahla betul tak... hehehe.. :)

http://files.myopera.com/greatnanda/Image/opm4test7-.JPG 

Trik ni korang boleh gune tak kira samada CELCOM,MAXIS,DIGI dll...

Tanpe membuang mase lagi, hafiz akan beritahu satu trik yang mungkin org lain x pernah buat... biasanya yang kita jumpa..semuanya dah tak jadi... betul kan.. 

1.fistly, korang search di fon atau PC korang di google : 
 ->airtel xtgem free opera mini 4.2
 ->opera mini 4.2 modded airtel jar xtgem
2.lepas korang jumpa.. buka laman wap yang ada opera mini 4.2 jar... biasanya untuk telefon JAVA je competible.. Kalau Androide, kene Guna emulator JBED...
3.bile korang dah download. try satu2.. tunggalkan kedit korang sekurang2 nye 20sen... knepe? sbb mule2 nak install mesti la kene gune duit.. 
4.kalau boleh buka sampai habis loading >> klik accept.. dn get ready for free internet.. yeay..
 
kenapa hafiz yakin trik ini menjadi? coz selama hafiz pakai trik ni... x pernh tak jadi.. cuma korang perlu berusaha sikit kalau nak free.. 

Mungkin ade diantara korang yang malas nak wat trik ni...x pe.. kalau korang nak link unutk download.. hafiz berikan..

Yang ni orang melayu --> http://peperonity.com/go/sites/mview/berempat/21800307
http://peperonity.com/go/sites/mview/damn.it/36526414

Akhir kata, Tidak ada jalan pintas untuk berjaya, anda perlu terus berusaha demi mencapai kejayaan didalam apa jua yang anda idamkan.



amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ

Sepatah Dua Kata Dari Pemilik Belog

Assalamualaikum... 3.4.13 blog ini bersawang di internet dengan kemahuanku sendiri unutk memiliki blog blogspot... sebelum ini, hafiz merupakan seorang blogger wordpress... setelah sekian lama aku menulis di blog itu.. timbul rasa ingin memiliki blog baru dari produk google..

Hafiz menggunakan semua tutorial yang ada di internet untuk menyiapkan blog ini... 89% blog iniu akan siap sepenuhnya...

Tujuan?
Mesti korang nak tahu ape tujuan blog ni... baiklah.. tujuanya adalah untuk berkongsi berita, Hiburan, Gajet, Cara buat blog, tutorial blogger, pendapat dan idea serta tutorial... harap koranng maklum..

Give away FREE!!!
Disebabkan blog ini amat baru.. jadi hafiz memberi hadiah kepada 500++ Follower kepada pengunjung blogger yang sudi jenguk ke belog ini... Eh... ape yang freee tu? .. hadiah?? tentu korang suke hadiah...
HAFIZ Akan memberikan satu software yang meninggkatkan pageviews dan visitor korang..

Ape nama Software tu...
Nanti hafiz akan beritahu kepada semua follower hafiz samaada likers fb page... g+ atau google site...

Penutup
Akhir kata dari Hafiz... terima kasih kerana datang menjenguk ke blog hafiz.. jangan lupa tinggalkan komen disini ye... ape-ape pun.. hafiz berharap kepada blogger semua supaye tingkatkan penulisan dan idea yang terbaik untuk pelawat anda... 


amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ

Monday, 4 February 2013

Apple Nak Saman Blackberry??

Pakar teknologi percaya Apple akan memfailkan saman ke atas Blackberry sekiranya jualan iPhone mengalami penurunan kerana model Blackberry Z10 mirip menyerupai model tersebut.






Bagaimanapun, syarikat pengeluar telefon pintar dari Kanada itu enggan melayan sebarang pertanyaan berhubung Z10 yang menyerupai iPhone.
Pengarah Urusan Blackberry Eropah, Stephen Bates dalam satu temu bual bersama Radio 5 telah ditanya soalan sebanyak lima kali sama ada syarikat itu telah belajar sesuatu daripada Apple, namun dia tidak memberi jawapan sepatutnya.
“Blackberry merupakan salah satu pelabur dalam pasaran telefon pintar,” jawapan sama yang diberikan Bates setiap kali penemu ramah bertanyakan soalan sehingga dia berputus asa.
Malah, penemu ramah itu turut menyindir Bates dengan menyifatkan jawapan ‘bos’ Blackberry tersebut hanya seolah-olah beliau sedang membaca kenyataan akhbar.
Dalam pada itu, ramai pakar mendakwa gajet terbaharu Blackberry itu ‘meminjam’ sistem operasi daripada beberapa syarikat telefon pintar termasuk Apple.
”Ia seolah-olah satu penggabungan daripada pelbagai sistem,” kata Stuart Miles pengasas laman web Pocket-Lint.
”Kekunci skrin Blackberry mirip telefon milik Windows, paparan aplikasi pula menyerupai iPhone manakala halaman aplikasi pula hampir menyerupai Android.
”Saya tidak fikir pengguna akan keliru dengan telefon Blackberry yang lebih kelihatan berbentuk segi empat tepat,” kata Miles.
Sementara itu, pakar undang-undang berkata, Apple mungkin berdepan kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Blackberry ekoran pertikaian berpanjangan antara syarikat dengan Samsung. 
 Utusan Melayu

amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ

Bagaimana Untuk 'Root' Peranti Android & Kenapa Anda Perlu Tahu

imej

 Assalamualaikum & salam sejahtera. Pagi ni hafiz nak kongsikan serba sedikit tentang Bagaimana Untuk 'Root Android Device' & Kenapa Anda Perlu Melakukanya.. 

Anda mungkin pernah mendengar orang "Root" telefon Android mereka. Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimana untuk berbuat demikian sendiri Tetapi jika anda pandai root handphone anda dalam beberapa minit, anda orang yang hebat!

Selepas anda root peranti anda, anda mempunyai akses penuh kepada keseluruhan sistem dan boleh menjalankan jenis khas aplikasi yang memerlukan keizinan root. Aplikasi ini boleh melumpuhkan bloatware, kawalan aplikasi kebenaran, membolehkan tethering, dan melakukan banyak perkara-perkara lain yang hebat termasuklah meng'hacking' facebook.. :).

Apa itu "Root," Penjelasan?

Pada kali ini hafiz akan terangkan cara terbaik untuk anda Root phone Android anda tanpa melalui proses command line ataupun muat turun cracked ROM dan terpaksa start phone dengan mode downloading serta berisiko tinggi untuk gagal.

Sebelum itu bagi sesiapa yang belum tahu apa itu Root, saya akan terangkan secara ringkas. Root merupakan proses ‘patch’  kernel untuk mendapatkan akses terhadap Root folder dan membenarkan apps pihak ketiga untuk akses ke internal sistem. Dengan kata lain, dengan Root phone Android anda anda seolah-olah telah membebaskan sekatan yang wujud selama ini.  Pada iPhone atau iPod istilah Root dipanggil sebagai JailBreak.

 Terdapat banyak kelebihan apabila bergelar ‘Root User’ , di Android Market pun terdapat banyak apps yang perlukan Root untuk berfungsi. Selain itu, anda boleh dapatkan installer dari market dengan root kan phone anda.

Kaedah Root ini saya telah cuba pada Samsung Galaxy S2 dengan ROM Gingerbread 2.3.6 I9100GLZKJ2 baseband dan sepatutnya versi 2.3.6 dan kebawah masih boleh menggunakan kaedah ini.

Baiklah sekiranya anda telah bersedia untuk Rooting phone anda ikut sahaja langkah dibawah:
1. Pastikan PC anda telah terpasang USB driver untuk phone tersebut. (Bagi pengguna Samsung download Kies melalui link ini)
2. Aktifkan USB debugging melalui  Settings > Applications > Development > USB Debugging . Sekiranya anda menggunakan Kies, pastikan anda matikan terlebih dahulu kemudian sambungkan phone anda ke PC melalui USB.
3. Muat turun SuperOneClick (boleh download yg latest version)  extract kandungan file yang telah anda muat turun tadi dan jalankan file SuperOneClick.exe .
4. Klik Root buttton.
root1
5. Tunggu sehingga proses Rooting berjaya lebih kurang 5-10 minit. Dan selesai.. ;-)
 .


Buka aplikasi Superuser untuk mengawal kebenaran yang disimpan dan mengkonfigurasi Superuser.

Bagi ‘Root user’, nantikan tutorial saya akan datangkan berkenaan cara untuk hack game dengan apps dengan mudahnya dan apps percuma untuk root user…
amacam, bace je ke? komen la sikit.. hehehe :) Jangan lupa like taw.. TQ